Lesen Memandu Motorsikal (B2, B)

ANDA INGIN MEMILIKI LESEN B2? Sila baca maklumat di bawah…

Harga: RM234 + RM10.00 (Buku Teks KPP01) + RM10.00 (Insurans) = RM254.00

Syarat & Langkah-Langkah:

  1. Daftar di kaunter Arinah. Bawa KP & bayaran penuh RM234 + RM20.00 (Buku Teks & Insurans) = RM254
  2. Hadiri Kelas Teori KPP01 pada setiap hari Ahad bermula jam 9 pagi hingga 4 petang (6 jam). Pakaian yang sesuai dan sopan (Rujuk Etika Berpakaian). Sila datang lebih awal jika belum mendaftar.
  3. Duduki Ujian Bahagian 1 (Undang-Undang Berkomputer) di mana-mana pusat ujian yang dipilih (Bukit Payung, Batas Baru atau Dungun), paling awal selepas 3 hari dari kursus KPP01 (hari Rabu selepas kursus dan ke atas, kecuali Khamis dan Jumaat).
  4. Selepas LULUS Ujian Bahagian 1, anda perlu serahkan dokumen ke kaunter Arinah (Slip Keputusan Ujian, Salinan KP dan sekeping gambar berukuran pasport berlatar belakang putih jika memiliki Lesen Kereta).
  5. Tunggu sehingga Lesen L Kelas B2 anda siap (lebih kurang seminggu selepas penghantaran dokumen). Anda akan dimaklumkan melalui telefon/sms.
  6. Sila ambil Lesen L anda dan buat tempahan jadual belajar di kaunter Arinah. Jumlah jam yang perlu anda hadiri untuk Latihan Praktikal KPP02 & KPP03 adalah selama 16 jam.

10258884_804662862904232_1204698965992271713_n

 

LESEN B FULL? ANDA SUDAH MEMILIKI LESEN B2? Sila baca di bawah..

Harga: RM450 + RM10.00 (Insurans) = RM460.00

Syarat & Langkah-Langkah:

  1. Memiliki Lesen Memandu Kelas B2 (P atau CDL) yang sah.
  2. Memiliki Lesen Belajar Memandu (L) Kelas B yang masih sah tempoh. Jika TIADA LESEN L (B), perlu buat Lesen L untuk Kelas B di Pejabat JPJ berhampiran. Sila isi borang yang disediakan dan kemukakan Lesen Memandu B2 anda kepada JPJ untuk diproses.
  3. Daftar di kaunter Arinah dengan bayaran penuh atau sekurang-kurangnya RM230. Buat tempahan jadual belajar. Anda perlu menamatkan Latihan Praktikal KPP02 (Bahagian 2 Litar) selama 9.5 jam. Setiap sesi latihan akan memakan masa selama 3 jam. Jumlah latihan yang perlu dihadiri adalah 3 kali.
  4. Sebaik sahaja selesai sesi latihan praktikal KPP02, latihan seterusnya adalah KPP03 (Bahagian 3 Jalan Raya) selama 6 jam. Anda perlu hadir untuk sesi latihan itu sebanyak 2 kali (3 jam per sesi).
  5. Di akhir kelas KPP03, anda perlulah menduduki Ujian Penilaian (QTI) sebelum boleh menempah tarikh Ujian Praktikal JPJ.


INGIN LESEN B FULL TAPI BELUM MEMILIKI LESEN B2? Sila baca maklumat di bawah…

Harga: RM734 + RM10.00 (Buku Teks KPP01) + RM10.00 (Insurans) = RM754.00

Syarat & Langkah-Langkah:

  1. Daftar di kaunter Arinah. Bawa KP & bayaran pertama RM212 + RM20.00 (Buku Teks & Insurans).
  2. Hadiri Kelas Teori KPP01 pada setiap hari Ahad bermula jam 9 pagi hingga 4 petang (6 jam). Pakaian yang sesuai dan sopan (Rujuk Etika Berpakaian).
  3. Duduki Ujian Bahagian 1 (Undang-Undang Berkomputer) di mana-mana pusat ujian yang dipilih (Bukit Payong, Batas Baru atau Dungun), paling awal selepas 3 hari dari kursus KPP01 (hari Rabu selepas kursus dan ke atas, kecuali Khamis dan Jumaat).
  4. Selepas LULUS Ujian Bahagian 1, anda perlu serahkan dokumen ke kaunter Arinah (Slip Keputusan Ujian, Salinan KP dan sekeping gambar berukuran pasport berlatar belakang putih jika memiliki Lesen Kereta). Bayaran kedua RM200 juga perlu diserahkan bersama-sama dengan dokumen tersebut.
  5. Tunggu sehingga Lesen L Kelas B anda siap (lebih kurang seminggu selepas penghantaran dokumen dan bayaran). Anda akan dimaklumkan melalui telefon/sms.
  6. Sila ambil Lesen L anda dan buat tempahan jadual belajar di kaunter Arinah. Jumlah jam yang perlu anda hadiri untuk Latihan Praktikal KPP02 & KPP03 adalah selama 16 jam.
  7. Bayaran terakhir perlulah dilangsaikan pada hari terakhir Latihan Praktikal KPP03.
Advertisements

6 Comments Add yours

  1. Nurul says:

    Saya memiliki lesen L bagi B2,dan D..Kalau saya nak cancel lesen L bagi B2 bole x??Maksudnya saya cuma ada lesen D sahaja.

    Like

    1. marwanmahmud says:

      Salam.. Maak aih maaf lah baru perasan ada mesej ni 😸🙏🏻

      Biarkan aje lesen L B2 tu tak ada apa pun.. Dah tak boleh batal sebab dah keluar dalam lesen..

      Jika ada apa2 persoalan boleh terus WhatsApp saya di 019-297 1794.

      Harap jawapan tu menjawab persoalan anda.

      Like

  2. Faris says:

    Lesen L motosikal bole menunggang tanpa pembonceng kan? Kenapa pegawai jpj di pusat belajar memandu saya kata Lesen L motor tak bole menunggang di jalan raya selain di pusat belajar memandu sahaja? Betul ke dah ada undang undang baru, kena habiskan belajar sampai Percubaan (P) baru boleh menunggang di jalan raya?

    Like

    1. marwanmahmud says:

      Itu tak benar. Syarat L hanya tak benarkan bawa pembonceng.

      Like

  3. Amirul says:

    Umur berapa baru boleh ambik lesen b full?

    Like

    1. marwanmahmud says:

      Setakat ini umur 16 tahun boleh dah.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s