ANDA INGIN MEMILIKI LESEN B2? Sila baca maklumat di bawah…
Harga: RM234 + RM10.00 (Buku Teks KPP01) + RM10.00 (Insurans) = RM254.00
Syarat & Langkah-Langkah:
- Daftar di kaunter Arinah. Bawa KP & bayaran penuh RM234 + RM20.00 (Buku Teks & Insurans) = RM254
- Hadiri Kelas Teori KPP01 pada setiap hari Ahad bermula jam 9 pagi hingga 4 petang (6 jam). Pakaian yang sesuai dan sopan (Rujuk Etika Berpakaian). Sila datang lebih awal jika belum mendaftar.
- Duduki Ujian Bahagian 1 (Undang-Undang Berkomputer) di mana-mana pusat ujian yang dipilih (Bukit Payung, Batas Baru atau Dungun), paling awal selepas 3 hari dari kursus KPP01 (hari Rabu selepas kursus dan ke atas, kecuali Khamis dan Jumaat).
- Selepas LULUS Ujian Bahagian 1, anda perlu serahkan dokumen ke kaunter Arinah (Slip Keputusan Ujian, Salinan KP dan sekeping gambar berukuran pasport berlatar belakang putih jika memiliki Lesen Kereta).
- Tunggu sehingga Lesen L Kelas B2 anda siap (lebih kurang seminggu selepas penghantaran dokumen). Anda akan dimaklumkan melalui telefon/sms.
- Sila ambil Lesen L anda dan buat tempahan jadual belajar di kaunter Arinah. Jumlah jam yang perlu anda hadiri untuk Latihan Praktikal KPP02 & KPP03 adalah selama 16 jam.
LESEN B FULL? ANDA SUDAH MEMILIKI LESEN B2? Sila baca di bawah..
Harga: RM450 + RM10.00 (Insurans) = RM460.00
Syarat & Langkah-Langkah:
- Memiliki Lesen Memandu Kelas B2 (P atau CDL) yang sah.
- Memiliki Lesen Belajar Memandu (L) Kelas B yang masih sah tempoh. Jika TIADA LESEN L (B), perlu buat Lesen L untuk Kelas B di Pejabat JPJ berhampiran. Sila isi borang yang disediakan dan kemukakan Lesen Memandu B2 anda kepada JPJ untuk diproses.
- Daftar di kaunter Arinah dengan bayaran penuh atau sekurang-kurangnya RM230. Buat tempahan jadual belajar. Anda perlu menamatkan Latihan Praktikal KPP02 (Bahagian 2 Litar) selama 9.5 jam. Setiap sesi latihan akan memakan masa selama 3 jam. Jumlah latihan yang perlu dihadiri adalah 3 kali.
- Sebaik sahaja selesai sesi latihan praktikal KPP02, latihan seterusnya adalah KPP03 (Bahagian 3 Jalan Raya) selama 6 jam. Anda perlu hadir untuk sesi latihan itu sebanyak 2 kali (3 jam per sesi).
- Di akhir kelas KPP03, anda perlulah menduduki Ujian Penilaian (QTI) sebelum boleh menempah tarikh Ujian Praktikal JPJ.
INGIN LESEN B FULL TAPI BELUM MEMILIKI LESEN B2? Sila baca maklumat di bawah…
Harga: RM734 + RM10.00 (Buku Teks KPP01) + RM10.00 (Insurans) = RM754.00
Syarat & Langkah-Langkah:
- Daftar di kaunter Arinah. Bawa KP & bayaran pertama RM212 + RM20.00 (Buku Teks & Insurans).
- Hadiri Kelas Teori KPP01 pada setiap hari Ahad bermula jam 9 pagi hingga 4 petang (6 jam). Pakaian yang sesuai dan sopan (Rujuk Etika Berpakaian).
- Duduki Ujian Bahagian 1 (Undang-Undang Berkomputer) di mana-mana pusat ujian yang dipilih (Bukit Payong, Batas Baru atau Dungun), paling awal selepas 3 hari dari kursus KPP01 (hari Rabu selepas kursus dan ke atas, kecuali Khamis dan Jumaat).
- Selepas LULUS Ujian Bahagian 1, anda perlu serahkan dokumen ke kaunter Arinah (Slip Keputusan Ujian, Salinan KP dan sekeping gambar berukuran pasport berlatar belakang putih jika memiliki Lesen Kereta). Bayaran kedua RM200 juga perlu diserahkan bersama-sama dengan dokumen tersebut.
- Tunggu sehingga Lesen L Kelas B anda siap (lebih kurang seminggu selepas penghantaran dokumen dan bayaran). Anda akan dimaklumkan melalui telefon/sms.
- Sila ambil Lesen L anda dan buat tempahan jadual belajar di kaunter Arinah. Jumlah jam yang perlu anda hadiri untuk Latihan Praktikal KPP02 & KPP03 adalah selama 16 jam.
- Bayaran terakhir perlulah dilangsaikan pada hari terakhir Latihan Praktikal KPP03.
Saya memiliki lesen L bagi B2,dan D..Kalau saya nak cancel lesen L bagi B2 bole x??Maksudnya saya cuma ada lesen D sahaja.
LikeLike
Salam.. Maak aih maaf lah baru perasan ada mesej ni 😸🙏🏻
Biarkan aje lesen L B2 tu tak ada apa pun.. Dah tak boleh batal sebab dah keluar dalam lesen..
Jika ada apa2 persoalan boleh terus WhatsApp saya di 019-297 1794.
Harap jawapan tu menjawab persoalan anda.
LikeLike
Lesen L motosikal bole menunggang tanpa pembonceng kan? Kenapa pegawai jpj di pusat belajar memandu saya kata Lesen L motor tak bole menunggang di jalan raya selain di pusat belajar memandu sahaja? Betul ke dah ada undang undang baru, kena habiskan belajar sampai Percubaan (P) baru boleh menunggang di jalan raya?
LikeLike
Itu tak benar. Syarat L hanya tak benarkan bawa pembonceng.
LikeLike
Hi terima kasik kerana menyediakan listing begitu detailed sekali. Tqtq. =)
nak tanya, saya sudah ada lesen D sejak umur 17 Tahun. Sekarang, saya nak ambil full B lesen, perlukah saya mengambil undang sekali lagi? Lesen D saya masih aktif Dan saya memandu setiap hari.
LikeLike
Hi, maaf lambat reply. Ya perlu ambil ujian komputer sekali lagi.
LikeLike
Terima Kasih.
So,boleh terus ambil full B lesen, tak payah buat pitstop untuk mengambil B2 dulu and then kena tunggu, 2 Tahun untuk P then only boleh ambil full B lesen?
LikeLike
Yes betul. Terus ambil B Full 👌
LikeLike
Umur berapa baru boleh ambik lesen b full?
LikeLike
Setakat ini umur 16 tahun boleh dah.
LikeLike
Brapa lamakan tempoh sah Lesen L untuk B full?
LikeLike
2 tahun dari tarikh lesen L dikeluarkan.
LikeLike
Berapa had umur utk amik lesin b.full..
Umur 40 masih bolh ke…
LikeLike
Boleh je puan..
LikeLike
Kalau saya dari kuala lumpur boleh ke ambil lesen disini? Saya pernah ada L b2 tp dah mati lama…tapi saya ada lesen D yg aktif…sekarang saya nak ambil lesen L semula atau tambah kelas je?
Perlukah saya belajar dari A-Z or mcm mana…terima kasih
LikeLike
Salam. Untuk makluman saya sudah tidak bekerja di Terengganu sejak hampir 3 tahun lepas. Mohon puan berhubung terus dengan orang sana.
Pada pendapat saya puan daftar yang berdekatan dengan puan sebab proses nak ulang alik adalah banyak kali.
LikeLike
Kalau lesen B full motosikal model apa ya yg digunakan utk belajar praktikal kt litar?
LikeLike
Biasanya Kawasaki ER6-N
LikeLike
Saya nak tanya, nak ambil lesen kereta perlukan lesen motor dahulu ke?
LikeLike
Maaf lambat sangat reply 😃🙏🏻
Tak perlu. Boleh ambil terus lesen kereta.
LikeLike
mcm mna nak check nama berdaftar lesen dalam sistem?
LikeLike
http://10.180.0.120/web/main-site/semakan-tarikh-luput-lesen-memandu
LikeLike
salam en academy ni dimane?
LikeLike
Arinah Holdings di Marang Terengganu
LikeLike
kalu kita punya motor cc 310 kena upgred pada B full ke? bukan ke 500cc keats br apply B full
LikeLike
B2 untuk 249cc ke bawah, B1 untuk 250cc hingga 499cc, B Full 500cc ke atas.
Kalau sekolah memandu tak ada sediakan lesen B1, maka untuk bawak motor 310cc kena pakai B Full lah.
LikeLike
Salam, sy nk tanya. Sy da ada lesen B2, cuma nk amik lesen B full, so sy kena gi je JPJ utk hidup kn lesen L kn? Brapa byrn yg dikenakn ya? Lps da dpt lesen L, perlu ke sy buat ujian bertulis @ berkomputer termasuk ujian rabun warna sblm sy layak utk amik ujian B full?
LikeLike
Mohon hubungi institut memandu berhampiran anda untuk info lanjut 👌
LikeLike
kalau motor yamaha r25 bole tak pakai b2?
sebab atas paper dia tulis 249cc
LikeLike
InsyaAllah tiada masalah 👌
LikeLike
Sy nak buat
LikeLike
Sila hubungi institut memandu berdekatan anda.
LikeLike
Tuan, saya mempunyai lesen D dari umur 17 Tahun, sekarang sudah menghampiri 40 Tahun. Bagaimana cara untuk saya dptkan lesen B2/B Full?
LikeLike
Hubungi institut memandu berdekatan anda untuk info lanjut 👌
LikeLike
Salam
Saya ada L untuk lesen D. Kalau nak buat B full apa step nya. Berapa harga package. Thanms
LikeLike
Wsalam. Mohon berhubung dengan pejabat Arinah di talian 096181213 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
LikeLike
Macam mana nak stopkan lesen L B2 sbb saya tak boleh nak sambung atas sbb² tertentu
LikeLike
Salam…
Nak bertanya kadar harga bagi lesen B full (B2 dah ada dan lesen L dah termasuk B full didalamnya) bagi tahun 2019. Antara latihan & ujiannya sekiranya ada perubahan.
LikeLike
Salam..saya dh ada lesen D sejak umur 17…saya nk tnya tntang faktor ketinggian blh menjejaskan tk utk ambil lesen B full ..sbb katinggian saya blh bawa moto kapcai takut nnti bila bawa moto cc besar kt pusat memandu tak sampai kaki.. Malu weiii
LikeLike
Wsalam Amir. Saya tak pasti berapa ketinggian anda tu dan tahap kemahiran kawalan motosikal anda. Jika dapat memijak kaki dengan sepenuhnya walaupun sebelah kaki InsyaAllah tiada masalah.
Tapi lebih selamat jika dapat cecah kedua² belah kaki.
LikeLike